首页> 外文期刊>Research Journal of Social Sciences >Etnisiti Di Tempat Kerja: Menghormati Perbezaan, Meraikan Kepelbagaian
【24h】

Etnisiti Di Tempat Kerja: Menghormati Perbezaan, Meraikan Kepelbagaian

机译:工作中的种族:尊重差异,庆祝多元化

获取原文
           

摘要

Hubungan etnik di Malaysia adalah dinamik sifatnya. Semenjak mencapai kemerdekaan 58 tahun dahulu, hubungan etnik secara umumnya adalah baik. Namun begitu, ada juga berlaku beberapa ketegangan sosial di antara etnik yang berakhir dengan konflik. Ketegangan dan konflik ini lebih diperhatikan berlaku di kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar dan di kawasan golongan berpendapatan rendah jika dibandingkan dengan kawasan bandar dalam kalangan orang berada. Justeru itu, mengukur persepsi hubungan etnik adalah penting bagi menjamin kestabilan dan pembangunan negara ini. Hakikatnya hubungan etnik terserlah di kawasan kediaman, dalam ruang awam, media dan juga tempat kerja. Melalui hubungan bersemuka terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya. Kekerapan pergaulan akhirnya membina satu kesepaduan dalam masyarakat sebagai satu unit sosial. Dari itu pengurusan kepelbagaian budaya, mengiktiraf dan menghormati kehadiran pelbagai kumpulan dalam organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan norma sosial antara mereka serta menggalakkan dan membenarkan sumbangan berterusan setiap anggota secara inklusif merupakan acuan penting dalam membina hubungan etnik yang baik. Dalam organisasi, pengurusan kepelbagaian muncul apabila berlakunya suatu proses berterusan dengan pelbagai bakat dan keupayaan yang wujud dalam masyarakat yang pelbagai itu diiktiraf dan dibawa masuk menjadi budaya organisasi. Proses ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang sihat, inklusif, 'selamat untuk perbedaan', meraikan kepelbagaian, dan memaksimumkan sepenuhnya potensi semua orang dalam konteks budaya yang memastikan semua orang mendapat faedah.
机译:马来西亚的种族关系本质上是动态的。自58年前实现独立以来,族裔关系总体良好。但是,种族之间也存在一些社会紧张关系,最终以冲突告终。与农村地区相比,这些地区的紧张局势和冲突在农村地区更为明显,而在富裕人群中,与城市地区相比,这些地区的低收入群体更为明显。因此,对民族关系的看法进行衡量对于确保该国的稳定与发展至关重要。事实是,种族关系在居民区,公共场所,媒体甚至工作场所中都很明显。通过面对面的关系,建立了本质上是重复的社会关系模式。交往的频率最终建立起作为一个社会单位的社会融合。因此,文化多样性的管理,承认和尊重组织或社区中各个群体的存在,承认和欣赏他们之间社会规范的差异以及鼓励和允许每个成员的包容性持续贡献是建立良好种族关系的重要模型。在组织中,多样性管理是在一个持续不断的过程中出现的,该过程中存在着被认可并带入组织文化的各种社会中存在的各种才能和能力。此过程旨在创建一个健康,包容,“为差异而安全”的环境,庆祝多样性,并在确保每个人都受益的文化背景下充分发挥每个人的潜力。

著录项

相似文献

  • 外文文献
  • 中文文献
  • 专利
获取原文

客服邮箱:kefu@zhangqiaokeyan.com

京公网安备:11010802029741号 ICP备案号:京ICP备15016152号-6 六维联合信息科技 (北京) 有限公司©版权所有
  • 客服微信

  • 服务号